Cara menjadikan syarikat dan perniagaan anda berdaya maju dan mampu bersaing


Bagaimana nak bina syarikat dan perniagaan anda sekarang berdaya maju dan mampu bersaing dalam keadaan yang mencabar?

Rasanya lebih jelas jika pinjam perkataan Bahasa Inggeris.

Mereka sebut ‘resilience’.

Bisnes yang 'resilience' ni, punya keupayaan bertahan dan sesuaikan diri walaupun sedang dilanda cabaran ekonomi gawat.

Saya rujuk makna ‘resilience’. Jumpa penerangan menarik tentang maksudnya.

Perkataan itu bermaksud;

Keupayaan sesuatu benda untuk kembali ke rupa bentuk asalnya dalam apa keadaan pun - Resilience.

Getah pemadam contohnya. Bila ditekan kot manapun, sebaik saja dilepaskan, akan balik ke rupa bentuk asalnya semula.

Alangkah bahagianya seorang usahawan seandainya, syarikat mampu jadi macam tu!

Datang la persaingan macam manapun, senget habis dia langgaq kiri kanan depan belakang, dok tak lama, elok balik macam biasa!

Bisnes tengah sedap, datang Covid-19, akur pada arahan PKP, jem habis segala operasi dan sebagainya, dalam masa tak lama, semuanya kembali elok semula.

Satu lagi idaman usahawan adalah untuk memiliki sebuah syarikat perniagaan yang berdaya maju.

Bisnes berdaya maju tu boleh diumpamakan sebagai 'bisnes yang sihat'

Bisnes sihat lebih mudah untuk faham.

Macam tubuh badan juga. Perjalanan darah jalan lancar ke semua bahagian atau anggota badan, maksudnya badan sihat la tu. 

Makan minum terjaga, rehat seimbang, jiwa terhibur, kasih sayang terpelihara, itu juga petanda sihat.

Syarikat yang aliran duit keluar masuk silih berganti. Duit diedarkan ke segenap bahagian dalam syarikat, dengan cukup dan sempurna masanya.

Masuk poket, taukeh, masuk poket, pekerja, masuk poket pembekal, masuk poket, vendor.

Semua saling bekerjasama secara harmoni.

Seperti tubuh yang satu.. itu semua petanda sebuah syarikat yang sihat.

Cerita pasukan lumba basikal

Cerita pasal pasukan lumba basikal negara Britain ni perlu saya kongsikan pada semua pembaca kat blog ni.

Rugi kalau anda masih tak tahu pasal cerita ni.

Saya ambil cerita ni dalam buku Atomic Habits, tulisan James Clear.

Cerita dia macam ni …

Negara Britain ada masalah dengan team kayuh basikal mereka. Sejak tahun 1908, team kayuh basikal negara itu hanya pernah menang satu pingat emas saja dalam sukan olimpik.

Dalam satu lagi acara suka basikal yang lebih besar dan terkenal, Le Tour de France, pelumba basikal Britain tak pernah menang apa-apa selama 110 tahun !.

Menambahkan lagi penghinaan terhadap team lumba basikal Britain. Ada syarikat pembuat basikal lumba yang tak mahu jual jenama basikal mereka kepada pasukan lumba basikal Britain !.

Punyalah hina!.

Alasan kenapa syarikat basikal tu tak mahu jual. Takut jenama basikal tu orang lain tak mau beli jika nampak ada pelumba basikal Britain pakai jenama sama.

Hahaha !, memang satu penderaan emosi yang sangat berat!.

Bayangkan syarikat anda, vendor tak mau support. Vendor tak sudi berkidmat untuk syarikat anda walaupun sanggup bayar macam semua orang lain.

Bayar lebih pun vendor tak mau. Sebab dia takut jika syarikat lain tahu anda pakai khidmat mereka, nama mereka akan rosak di pasaran!.

Aduh!

Tak gamak nak bayangkan penghinaan teruk macam tu. 

Moga dijauhkan dari malapetaka sedemikian.

Tapi itulah yang berlaku pada team basikal Britain.

Pasukan Britain ambil jurulatih baru

Pada tahun 2003, Dave Brailsford dilantik jadi ‘Performance Director’ untuk team kayuh basikal Britain.

Tugas berat diserahkan padanya untuk cari jalan bagaimana nak terbalikkan keadaan hina team kayuh basikal negara itu.

Apa dia buat?

Apa yang bezakan dia dengan jurulatih lain?

Dave Brailsford ni sangat taksub kepada satu perkara.

Dia percaya kepada keupayaan perubahan yang sedikit dalam setiap amalan.

Lebih kurang macam yang anda selalu dengar ayat keramat ni.

“Amalan yang terbaik adalah amalan yang berkekalan walaupun sedikit”.

Selalu dengar petua bijak tu kan?.

Tapi tak pernah ambil masa untuk fikir dan kembangkan maksudnya. Bagaimana nak terjemahkan dia dalam kehidupan dan perniagaan secara sistematik.

Dave Brailsford punya falsafah kejayaan yang menarik.

Dia percaya pentingnya untuk sentiasa mencari perubahan kecil yang lebih baik terhadap setiap amalan yang dilakukan.

Konsepnya lebih kurang seperti berikut.

Kalau anda pecahkan kesemua proses dari A ke Z, ke tahap yang kecil seboleh mungkin, segala aktiviti sampai membawa kepada kayuhan basikal, sampai habis.

Kemudiannya tengok pada setiap proses tersebut, buat sedikit perubahan, 1% pun dah cukup pada setiap proses.

Gabungan kepada keseluruhan pembaikan yang kecil itu secara keseluruhannya, akan membawa kepada perubahan pencapaian yang sangat ketara.

1001 macam perubahan kecil

Dave Brailsford dan team jurulatihnya mula buat kerja perubahan kecil yang boleh difikirkan. 

Perubahan yang remeh temeh saja kalau dilihat secara kasar.

Mereka betulkan tempat duduk basikal tu supaya selesa sedikit. 

Mereka sapukan alkohol pada tayar basikal supaya cengkamannya lebih baik. 

Pilih t-shirt yang lebih ringat sedikit. 

Pilih seluar yang lebih bagus dalam mengekalkan suhu otot kaki.

Mereka juga panggil orang datang ajar pada semua pelumba bagaimana nak basuh tangan dengan betul supaya tak mudah kena demam selsema. 

Semua itu remeh saja kan. Tapi mereka berikan komitmen yang serius dan teruskan.

Mereka tukar tilam tidur supaya lebih selesa dan dapat rehat secukupnya untuk kecergasan tubuh badan keesokkan harinya.

Mereka juga cat kesemua bahagian dalam lori bawa basikal dengan warna putih. Supaya mudah nampak debu yang kalau ada, akan kacau sedikit kelancaran semua mesin dan peralatan kayuhan basikal tu.

Semuanya kecil-kecil saja.

Buat sedikit perubahan di keseluruhan proses yang ada yang dapat difikirkan. Agar ada perubahan yang lebih baik di setiap proses itu sedikit demi sedikit.

Impak himpunan perubahan kecil

Apa berlaku dengan semua aktiviti perubahan kecil-kecil yang team kayuh basikal Britain tu buat?

Selepas 5 tahun …

Team kayuh basikal Britain kuasai Sukan Olimpik dalam acara lumba basikal tahun 2008 di Beijing.

60% dari jumlah pingat emas dalam sukan itu dibolot oleh pelumba Britain!

Kemudian di sukan Olimpik London, selepas 4 tahun dari situ, pelumba basikal Britain pecahkan 9 rekod olimpik dan 7 rekod dunia dalam acara lumba basikal.

Tahun yang sama pelumba Britain, Bradley Wiggins, menang Le Tour de France buat pertama kali dalam sejarah. 

Setahun lepas itu rakannya pula, Chris Froome menang LTdF. Menang lagi pada tahun 2015, 2016 dan 2017. 

Mereka sapu 5 kemenangan dalam tempoh 6 tahun.

Secara ringkasnya, dari tahun 2007 sehingga 2017, dalam tempoh 10 tahun, pelumba basikal Britain meraih kegemilangan berikut:

  • 178 kejohanan dunia
  • 66 pingat emas dalam sukan olimpik dan paralimpik
  • 5 kejohanan Le Tour de France

Cuba bandingkan prestasi team kayuh basikal sejak lebih 110 tahun sebelum masuknya Dave Brailsford jadi pengarah prestasi kumpulan pengayuh itu.

Itulah keajaiban falsafah buat perubahan kecil sedikit demi sedikit dalam kesemua urusan yang anda buat, yang boleh difikirkan.

Jadikan amalan buat kebaikan sedikit dalam semua perkara sebagai amalan yang istiqamah.

Bina bisnes yang berdaya maju

Kalau anda tak rasa teruja dengan cerita yang saya kongsikan kat atas tu, tak tahulah nak kata apa lagi.

Tapi kalau anda rasa teruja dan terinspirasi, semacam yang saya sendiri rasa bila baca cerita tersebut, elok jadikan falsafah itu sebagai petua hidup anda sekarang.

Mula dalam kehidupan anda sendiri secara peribadi untuk pembinaan diri yang lebih baik.

Kemudian, buat juga kepada kerja anda kalau kerja makan gaji.

Kalau anda seorang usahawan, ada syarikat dan perniagaan, boleh gunakan idea yang sama untuk hasilkan sebuah bisnes yang sihat dan kuat.

Elok buat secara sistematik.

Tersusun dan dipantau dengan baik. Anda boleh mulakan dengan:

  • Ambil masa untuk buat perancangan perubahan – peruntukkan masa duduk di rumah atau pejabat bersendirian selama sekurangnya sejam setiap hari untuk urusan perah akal ini.
  • Tentukan ke mana anda nak pergi dalam tempoh 5 tahun dari sekarang – Fikirkan strategi macam mana yang anda nak gunakan untuk sampai ke destinasi itu.
  • Senaraikan kesemua struktur, organisasi dan segala aktiviti syarikat dan perniagaan anda – lagi terperinci lagi bagus supaya lebih mudah buat perubahan kecil di peringkat yang paling kecil dalam setiap proses kerja dan organisasi.
  • Pantau aktiviti dengan sempurna – Buat jadual lengkap untuk isi, What, Where, Who, When dan sebagainya. Dan pantau progressnya

Sejak tahun 2014, alhamdulillah saya diberi peluang untuk kongsikan ilmu membantu bagaimana nak buat perubahan kepada perniagaan dan syarikat secara tersusun dan sistematik.

Fokusnya adalah untuk industri automatif sahaja.

Dengan penggunakan pendekatan sama septi di atas, saya kongsikan kesemua proses perancangan operasi perniagaan dari A sampai Z.

Kemudian saya terangkan bagaimana nak buat penambah baikan dalam setiap proses yang ada.

Jika anda pengusaha bengkel kenderaan, ada niat nak mendapat panduan bagaimana nak buat perubahan perniagaan dan syarikat supaya jadi lebih baik, cuba berhubung dengan pihak Mara daerah masing-masing. 

Tanya kursus berkaitan industri automotif kalau-kalau masih ada kekosongan. Atau anda boleh berhubung dengan pihak MARii untuk dapatkan maklumat lanjut.

Untuk bisnes dalam industri lain, perlu berhubung dengan saya terus secara peribadi. Pergi ke menu 'contact di atas tu untuk berhubung.

Post a Comment

Previous Post Next Post