Perniagaan Yang Baik Ialah Perhubungan Pelanggan Yang Baik - Penulis jemputan


Artikel berkenaan perniagaan dan perhubungan pelanggan ini merupakan sumbangan dari Tuan Azad Jasmi.

Jom baca apa yang dia kongsikan pasal perniagaan dan perhubungan pelanggan di bawah ni ..

-------------------------------------------------------

Perniagaan ialah satu proses perhubungan diantara produk atau perkhidmatan dengan bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada.

Di dalam setiap kelas yang saya berikan samada di dalam seminar umum, kelas kepada pelajar Sarjana sekalipun kepada pelajar diploma yang melibatkan penerangan tentang isu “Perniagaan” atau isu “Pemasaran, saya akan mulakan dengan memberikan penerangan tentang perspektif “Perhubungan” di antara Produk dan Perkhidmatan dengan bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada.

Hubungan yang saya maksudkan ialah bagaimanakah kita mencuba dan mencari peluang dan ruang terbaik untuk terus “menghubungkan” syarikat, produk dan perkhidmatan anda kepada pelanggan.

Jika kita lihat, kekuatan penjualan atau kekuatan sesebuah perniagaan bukanlah bergantung kepada kekuatan produk atau perkhidmatan semata-mata, tetapi dia melibatkan elemen “hubungan” yang baik dan mampan di antara syarikat, produk atau perkhidmatan.

Persoalan “hubungan” yang baik ini harus berlaku kerana setiap satu pusingan perniagaan, yakni dimana anda menjual produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dan pelanggan membayar nilai atau harga tersebut; dan wujudlah satu proses yang dinamankan “Transaksi Perniagaan” dan setiap “Transaksi Perniagaan”yang telah wujud akan memberikan satu “Pendapatan” kepada anda.

Jadi, bagi melunaskan transaksi yang berterusan, maka satu “hubungan” yang baik harus dimaterikan dan bagi proses evolusi dan revolusi untuk mengekalkan “transaksi” yang berterusan inilah maka wujudnya pelbagai teknik seperti,

  • Pengurusan Khdimat Pelanggan (Customer Service Management)
  • Pengurusan Aduan (Complaint Management)
  • Strategi Pengekalan Pelanggan (Customer Retention Strategy)

.. dan pelbagai lagi teknik dan tips.

Apa yang saya cuba tekankan disini, selain dari fokus syarikat kepada pembangunan produk, kekuatan proses syarikat, kelebihan perkhidmatan anda dan aspek-aspek perniagaan yang lain, anda jangan lupa untuk mengukuhkan perihal hubungan syarikat anda dengan pelanggan.

Ada 5 tips ringkas yang saya selalu ingatkan diri saya dan sentiasa “tegur” diri saya sendiri di dalam hal ini.

Antaranya ialah:

Dengar

Sila dengar kehendak pelanggan dan dengar apakah yang orang ramai dipersekitaran bercakap tentang produk anda dan ubah ke arah kebaikan.

Hargai Pelanggan

Cuba lakukan apa-apa tindakan untuk anda hargai pelanggan sekalipun dengan hanya senyuman atau ucapan terima kasih pada masa tersebut dan sekali lagi dialam masa 48 jam.

Biasanya message atau panggilan yang diterima pelanggan didalam masa 48 jam akan memberikan satu aura positif terhadap pelanggan kerana mereka akan berasa kita mengambil berat hal mereka.

Jangan Merungut Dengan Pelanggan

Jangan menceritakan masalah anda, masalah syarikat atau masalah pekerja kepada pelanggan. Pelanggan datang untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan dan bukan dan mendengar rungutan.

Pandangan Pertama Yang Baik

“First Impression is the moment of truth”; kata-kata ini memberikan satu info bahawa pandangan dan tanggapan pertama pelanggan terhdap produk dan layanan kita kepada mereka memberikan satu tanggapan yang boleh mengukuhkan atau menjatuhkan perniagaan anda.

Pelanggan Terakhir

Layan Pelanggan Seolah-oleh Dialah Pelanggan Terakhir Yang Akan Menentukan Anda Tutup Atau Tidak Syarikat Anda

Sentiasa beranggapan bahawa setiap pelanggan yang kita layan merupakan pelanggan yang bakal menentukan samada pendapatan syarikat untung atau rugi dan tidak sombong dengan pelanggan.

Tidak mudah untuk “mengambil” duit pelanggan dan produk dan servis bukanlah kunci untuk mengambil duit pelanggan tetapi layanan.

Saya terpanggil untuk menulis pada kali ini ialah kerana saya memikirkan kelemahan diri saya dan apa yang patut yang tambah nilaikan diri saya dengan kelemahan saya , maka dengan sedikit idea ini yang saya “marahkan” diri saya dengan kekurangan ini, maka saya cuba kongsi bersama-sama dengan anda insyaALLAH.

Yang baik dari Allah dan buruk itu pastu dari saya. Mohon maaf.

Nota: Kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Azad kerana sudi kongsikan penulisannya di sini. Beliau merupakan penceramah dan pembimbing perniagaan yang berpengalaman. Anda boleh hubunginya di azadjasmi@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post