3 strategi untuk menang dalam perniagaan anda mengatasi pesaing


Dunia perniagaan sangat mencabar.

Sebut saja bisnes apa, dalam industri apa, pasti ada pesaing di sekeliling.

Bukan saja anda, taukeh bisnes kecil, susah. 

Sebenarnya, pelanggan juga, susah.

Susah nak buat keputusan dalam membuat pilihan produk atau servis.

Hanya bisnes yang sanggup ke depan, memikirkan jalan untuk memmudahkan pelanggan buat pilihan yang tepat sahaja, akan menang.

Untuk membantu pelanggan memilih dengan yakin, kita perlukan strategi.

Tanpa adanya strategi yang berkesan, bisnes kecil anda, akan jadi sama saja, macam kebanyakan bisnes yang bertaburan di luar sana.

Tahu tak apa strategi yang digunakan oleh kebanyakan pesaing anda?

Strateginya adalah ..

"Buat apa saja yang semua pesaing buat"

Itulah yang dilakukan oleh majoriti besar pesaing anda.

Cuba fikirkan sejenak.

Adakah anda juga macam tu?

Saya yakin jawapannya adalah ya!

Anda juga sama macam semua mereka. Apa yang mereka buat, anda juga buat. 

Tak hairanlah jika bisnes anda dengan bisnes semua pesaing nampak sama sahaja tak ada perbezaan. 

Bila semua keadaan pada produk atau servis hampir sama, maka cara paling mudah untuk pelanggan buat pilihan adalah dengan melihat .. 

HARGA!


Betul tak?

Sebagai pelanggan, saya juga buat macam tu.

Di beri pilihan terhadap 2 barang yang sama dalam segenap segi, dah tentu harga akan jadi penentuan dalam membuat pilihan.

Paling rendah harganya akan menang!

3 strategi untuk menang

Untuk menang dalam persaingan, mahu tak mahu perlu jadikan bisnes kecil anda berbeza. 

Berikut 3 strategi yang anda boleh lakukan dalam usaha untuk menang dalam persaingan perniagaan yang amat sengit sekarang.

1. Pilih pasaran niche

Ini cara pertama.

Anda boleh lihat dan pilih satu saja pasaran yang mahu diberikan tumpuan. Tak perlu cuba penuhi semua pasaran yang ada.

Kita ambil contoh mudah jika anda buka bisnes bengkel membaiki dan selenggara kenderaan.

Paling banyak bengkel yang ada di pasaran adalah yang ambil, layan semua jenis kenderaan. Jepun atau Eropah, Korea atau Malaysia, semuanya dia belasah.

Logik mudah yang diambil kira adalah, jika layan semua, saiz pasarannya amat besar. Jadi tentu bisnes lebih mudah.

Tapi itu cara fikir yang salah sebenarnya. Sebab peanggan melihat anda sama saja dengan kebanyakan workshop lain yang ada.

Cuba zoom untuk layan semua pelanggan yang pakai kenderaan Perodua sahaja. Anda akan lihat segalanya akan menjadi lebih mudah dan jualan akan jadi lebih baik berbanding ketika anda layan semua kenderaan. 

2. Jadi pakar

Kalau tak mahu layan pasaran, anda boleh cuba sempitkan kemahiran yang mahu diberikan secara maksimum.

Contoh industri automotif yang boleh kita buat adalah dengan menjadi pakar kepada baik pulih transmisi.

Itu contoh strategi yang memberikan tumpaun terhadap kemahiran.

3. Kuasai pemasaran & jualan

Kalau yang pertama di atas tak dapat dilakukan. Yang kedua pun tak dapat, in pilihan terakhir yang anda mampu lakukan.

Kuasai teknik pemasaran dan jualan dengan lebih crkap berkesan, menonjol dan 10 kali ganda lebih baik dari semua pesaing yang ada di pasaran.

Untuk memilih strategi mana satu, anda perlu melihat semua data atau rekod masa lalu yang ada dalam simpanan.

Perlu lihat maklumat pelanggan yang ada selama ini dan mana satu yang anda paling selesa, paling cekap dan berkesan menguruskannya.

Mungkin tak berapa nak nampak kalau buat sendiri-sendiri, jadi perlukan bantuan. Boleh cari mentor yang ada pengalaman. Atau dapatkan khidmat dari Business Coach yang berpengalaman.

Post a Comment

Previous Post Next Post