Peluang belajar Microsoft Office Word, Excel & Powerpoint secara PERCUMA


Samada anda buat bisnes, kerja sendiri atau makan gaji, kemahiran dalam penggunaan Microsoft Office Words, Excel & Powerpoint adalah sangat membantu.

Ada pekerja saya sebelum ini. Punya pengalaman lebih 30 tahun. Tapi tersangat sukar untuk ditingkatkan kerjayanya dalam syarikat disebabkan buta komputer dan tersangat buta Microsoft Office.

Macam mana nak upgrade di ajadi supervisor. Naik naikkan dia jadi eksekutif, nak masukkan kan dia dalam grup pengurusan dan pentadbiran syarikat dalam keadaan sebegitu.

Saya boleh nampak kesukaran yang dia hadapi. Level sedemikian dah memerlukan banyak kerja dokumentasi dan pengurusan serta persembahan. Takkan nak bagi seorang kerani khas untuk dirinya pulak?

Akhirnya dia pencen berhenti dalam keadaan tahap yang sama sebagaimana dia mula kerja dahulu. Memang menyedihkan.

Bertahun-tahun saya suruh dia pergi ambil kelas untuk pelajari semua kemahiran tersebut. tapi ditangguh-tangguh sampai kesudah tak pergi.

Tak pasti apa alasannya. Tapi saya rasa dia rasa terlalu sukar untuk keluar dari cara biasa. Dah selesa dengan cara amalan berpuluh tahun selama ini, dah masuk ‘comfort zone’ kata orang

Microsoft Office bantu tingkat kerjaya

Apa yang nak cuba saya sampaikan di sini adalah betapa pentingnya untuk kuasai kemahiran itu dalam zaman ini.

Tak ada kalau, jadi macam cacat. Jika anda mahu terus kerja dan ingin rebut peluang peningkatan kerjaya. Tak rugi untuk ambil masa belajar, sekalipun kena bayar.

Tetapi ..

Jika ada peluang percuma, takkan tak mahu rebut juga.

Tambahan lagi jika anda kena buang kerja akibat keadaan semasa yang gawat ini. Ini peluang yang wajib anda rebut.

Peluang latihan percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh PERKESO. Sila klik link untuk baca maklumatnya di sini dengan tekan butang dibawah ini.

Siapa yang layak memohon

Saya berikan senarai mereka yang layak memohon ikuti latihan kuasai Microsoft Office ini.

Berikut adalah sebab-sebab yang membolehkan anda rebut peluang tambah kemahiran secara percuma tajaan PERKESO.

  • Diberhentikan Majikan Atas Sebab Kekangan Kewangan Syarikat
  • VSS/MSS
  • Ditamatkan Kontrak Lebih Awal Daripada Perjanjian Asal
  • Syarikat Ditutup/Tidak Beroperasi
  • Diugut/Dipaksa Majikan Untuk Berhenti
  • Gangguan Seksual
  • Diberhentikan Kerja Tetapi Sudah Mendapat Pekerjaan Baru
  • Saya Masih Bekerja Tetapi Bakal Diberhentikan

Ertinya orang yang telah kena buang atau diberhentikan dari pekerjaan yang seperti di atas layak mendapatkan peluang baik ini.

Siapa pula yang tak layak?

Jika anda adalah golongan seperti di bawah ini, mohon maaf, anda tak layak memohon.

  • Bersara
  • Diberhentikan Akibat Salah Laku Mereka Sendiri
  • Ditamatkan kontrak Seperti Perjanjian
  • Perletakan Jawatan Atau Berhenti Secara Sukarela
  • Mereka yang MASIH BEKERJA dan tiada caruman PERKESO

Sistem Insuran Pekerjaan – SIP

Dari mana program percuma ini datang?

Tentu ada yang tanya soalan itu.

Untuk yang tak tahu, ini adalah program Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP yang dibuat oleh PERKESO. Dalam Bahasa Inggeris di sebut Employment Insurance System atau EIS

Ia merupakan program yang dilaksanakan pada tahun 2018. Tujuannya nak bantu pencarum yang kehilangan pekerjaan.

Slip gaji

Cuba tengok dalam slip gaji anda. Ada tak seperti mana yang tertera dalam gambar di atas. Kalau ada, itulah programnya yang membolehkan anda ambil faedah untuk latihan kemahiran.

Untuk ketahui secara ringkas dan mudah apa dia program SIP, anda boleh baca infografik yang saya lampirkan kat bawah ini.

Apa itu SIP

Post a Comment

Previous Post Next Post