Panduan sediakan kertas kerja rancangan perniagaan yang lengkap


Kertas kerja rancangan perniagaan biasanya perlu disediakan oleh anda yang nak mohon pinjaman duit dari agensi kewangan kerajaan.

Selain itu, jika anda seorang pelajar universiti atau kolej, ambil kursus tambahan keusahawanan umpamanya, terpaksa sediakan juga kertas kerja rancangan perniagaan ni.

Bagi anda yang betul-betul, serius nak berniaga, tak ada hasrat nak buat pinjaman modal, ada duit simpanan sendiri sikit-sikit, ada pula pengalaman dalam industri yang nak diceburi. Biasanya tak perlu pun buat kertas kerja rancangan perniagaan ni.

Saya ada pernah tulis sebelum ini samada perlu atau tidak, rancangan perniagaan, sebelum nak jalankan perniagaan. Saya cenderung ke arah tak perlu.

Tiada rancangan perniagaan sebelum bisnes

Secara jujur, berdasarkan pengalaman sendiri, saya tak pernah sediakan kertas kerja rancangan perniagaan masa mula nak berniaga dulu.

Masa belajar kursus tambahan keusahawanan saja buat kerta skerja rancangan perniagaan. Sebab nak lulus subjek tu saja. Pensyarah yang ajar, semak dan dengar pembentangan kertas kerja itu tak pernah berniaga pun. Teori saja dia pandai. Jadi pedoman yang dia bagi terlalu ideal ikut imaginasi separa masaknya saja.

Berdasarkan pembacaan, hampir semua para usahawan yang berjaya sekarang ini juga, memulakan perniagaan mereka tanpa sediakan rancangan perniagaan pun.

Hampir semua kawan-kawan saya yang berniaga, dah berjaya sekarang, juga mulakan bisnes mereka tanpa ada persediaan kertas kerja rancangan perniagaan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan teori yang dipetik dari para penulis subjek keusahawanan, juga perunding perniagaan, mereka percaya bahawa usahawan perlu sediakan rancangan perniagaan sebelum mulakan bisnes.

Katanya, menyediakan rancangan perniagaan, dapat tingkatkan peratusan kejayaan sesebuah perniagaan. (Saya ragui pendapat ini sebab tak ada datapun)

Apa yang saya boleh rumuskan di sini. Jika anda tidak menyediakan rancangan perniagaan terlebih dulu. Terus saja jalankan perniagaan. Tak semestinya membawa kepada kegagalan.

Oleh itu ikut suka samada nak buat atau tidak.

Kecualilah, macam saya kata di awal artikel ni. Kalau mahu dapatkan pinjaman perniagaan dari agensi bantuan perniagaan kerajaan, terpaksalah buat juga. Biasanya mereka akan minta anda sediakan rancangan perniagaan.

Ia sebagai landasan untuk menilai permohonan pinjaman perniagaan anda. Baru nampak kesungguhan. Takkan nak bagi duit buta macam tu saja tanpa ada sistem penilaian.

Untuk anda yang perlukan, saya perturunkan perkara yang perlu ada dalam kertas kerja rancangan perniagaan.

Isi kandungan rancangan perniagaan

Kebiasannya, perlu ada 7 perkara dalam kertas kerja rancangan perniagaan. Bukan kesemuanya penting. Tapi perlu disediakan juga untuk lengkapkan kertas kerja anda. Untuk pamerkan kesungguhan dan ketelitian anda buat kerja.

7 bahagian tersebut adalah seperti berikut.

#1. Ringkasan eksekutif

Dari segi susunan bila semua dah siap, ini merupakan bahagian yang paling awal perlu diletakkan dalam sesebuah rancangan perniagaan.

Tetapi, supaya mudah. Bahagian ini adalah yang paling akhir sekali disiapkan dalam penyediaan rancangan perniagaan anda.

Sebabnya sangat logik. Ini adalah ringkasan padat apa yang ada di dalam kertas kerja anda tu. Jadi bila dah siap kesemuanya, barulah buat bahagian ini untuk diletakkan kat depan. Memudahkan orang yang nak baca dan semak kertas kerja anda tu.

Saya akan buat posting untuk maklumat lebih lanjut tentang Ringkasan Eksekutif ni nanti, insyaallah.

#2. Maklumat perniagaan

Dalam bahagian ini, anda perlu nyatakan segala maklumat mengenai perniagaan anda seperti nama syarikat, struktur saham dan pemiliknya.

Anda juga perlu masukkan struktur modal dan kedudukan pinjaman syarikat jika ada.

Jika perniagaan sudah dimulakan, terangkan juga pengalaman dan kedudukan terkini status perniagaan anda.

Nanti kita buat artikel khas untuk bab ni

#3. Pengurusan

Bab pengurusan merupakan bahagian di mana maklumat semua ahli kumpulan pengurusan syarikat dihuraikan.

Sertakan bersama biodata, pengalaman dan kelulusan masing-masing.

Perlu buat juga carta organisasi kedudukan semua pengarah syarikat yang ada.

Artikel khas untuk bab ni akan dibuat nanti.

#4. Pemasaran

Masukkan semua maklumat berkenaan aktiviti pemasaran kat bahagian ini.

Anda perlu menghuraikan strategi pemasaran produk atau perkhidmatan yang ada dalam perancangan.

Sertakan juga kedudukan pesaing, segmen pemasaran yang anda mahu pecahkan dan sebagainya.

Insyaallah akan ditulis lebih panjang pasal bab ni.

#5. Operasi

Pada bahagian ini, terangkan keadaan di mana syarikat atau perniagaan anda beroperasi.

Anda perlu tunjukkan lokasi, kemudahan, peralatan, susun atur dan lain-lain perkara yang membolehkan perniagaan anda beroperasi dengan lancaqr dan baik.

Saya tak pasti samada dah buat penerangan lebih mendaam bab operasi ni. Nanti kalau ada jumpa saya akan berikan pautannya.

Sementara itu, saya harap anda tahu macam mana nak sediakan rancangan operasi anda untuk dimasukkan ke dalam kerta kerja tu.

#6. Kewangan

Ini merupakan bahagian yang paling penting!

Anda jangan cuba nak bohong dalam bab ni bila sediakan rancangan perniagaan.

Maksud saya, apa yang telah dinyatakan di atas tadi seperti operasi, pemasaran, pengurusan dan sebagainya perlu diterjemahkan dalam nilai unjuran wang ringgit.

Anda perlu tahu nilai atau kos kesemua yang telah diceritakan itu. Masukkan semuanya ke bahagian kewangan. Perlu betul-betul semak harga atau kos pasaran. tak tahu kena tanya. Pergi cari detail spesifikasi dan kosnya.

Dari situ anda boleh merangka unjuran untung dan rugi, penyata aliran kewangan serta kunci kira-kira.

Sediakan segala unjuran kewangan bulanan anda pakai microsoft office excel saja. Kalau lansung tak ada idea nak sediakan bab ni, elok pergi tanya kawan yang ada pengalaman buat akaun.

#7. Lampiran

Ini pula bahagian di mana anda kepilkan kesemua dokumen yang ada yang telah anda goreng di atas.

Segala salinan sijil, lesen, surat jaminan atau sokongan daripada pembeli atau pembekal dan sebagainya perlu dikepilkan di sini.

Kertas kerja rancangan perniagaan boleh edit

Dia atas tadi, begitulah secara dasarnya apa yang perlu ada pada setiap kertas kerja rancangan perniagaan yang anda mahu sediakan.

Jika anda malas nak buat. Mungkin masih blur dan teragak-agak. Ada satu lagi cara mudah.

Beli saja kertas kerja rancangan perniagaan yang dah siap berdasarkan 33 idea perniagaan yang berbeza.

Dapatkan 33 Rancangan Perniagaan siap boleh edit dengan klik kat bawah ni …

Post a Comment

Previous Post Next Post