Cara dapatkan hasil jualan yang tinggi - Boleh amalkan petua rahsia ini


Saya mula berniaga secara serius pada tahun 1998. Sejak itu, saya mula bertemu dengan ramai usahawan atau peniaga.

Keupayaan berniaga ni boleh dilihat hanya pada satu perkara. Tak payah cakap besar atau nak cuba gebang lebih, jika urusan yang satu tu hampeh.

Satu-satu nya perkara paling penting itu, yang tentukan samada bisnes boleh jalan atau tidak, adalah kemampuan untuk menjual.

Kalau taukeh sendiri tak pandai menjual, wajib cari pekerja yang pandai untuk tujuan itu. Produk bagus macam mana sekalipun kalau tak boleh nak jual, tak ada gunanya.

Sekalipun anda seorang yang amat handal dalam bab buat pemasaran. Mampu panggil orang datang berduyun ke kedai.

Segalanya jadi sia-sia jika anda tak ada ilmu menjual. Tak tahu cara nak close deal kata orang putih. Bila orang datang nak beli, tak dapat kuasai ilmu menjual, maka bisnes tetap akan lingkup juga.

Ada satu cerita sebuah kedai di buka kat Langkawi masa era tengah boom dulu. Nama kedai tu sedap, "Mai tak berhenti .. !"

Memang ramai orang di kawasan kedai yang dia buka tu. Hari-hari meriah.

Tapi setelah beberapa lama, kedai itu gulung tikar.

Bila tanya kepada taukehnya, kenapa tutup. Sedangkan orang sentiasa ramai di situ?

Dia jawab memang betul. Ramai yang datang atau 'mai' dalam bahasa orang utara. Tapi malangnya 'tak berhenti'. Tepat seperti nama kedainya, "mai tak berhenti .."

Sekadar mai saja untuk lalu depan kedai itu tapi tak singgah untuk masuk beli.

Itu contoh marketing power. Tapi Sales hampeh!

Tak ramai mahir menjual

Saya dah jumpa berpuluh syarikat yang punya ramai jurujual. Kebanyakan syarikat tersebut merekrut dalam lingkungan 10 ke 20 orang jurujual.

Biasanya, bisnes yang ada kuota jualan ditetapkan oleh syarikat induk, tak boleh berjaya tanpa menggunakan khidmat jurujual.

Syarikat induk yang memiliki produk untuk dipasarkan ke seluruh Malaysia biasanya akan menggunakan konsep melantik ajen atau peniaga lain untuk menjual produk mereka. 

Ajen pula akan rekrut kumpulan jurujualnya.

Syarikat induk hanya akan berikan latihan untuk mengenali dan kuasai kemahiran produk sahaja kepada para jurujual syarikat yang dilantiknya.

Kerja pemasaran secara umum, untuk perkenalkan produk kepada orang ramai juga akan dilakukan oleh syarikat induk.

Jika syarikat induk hasilkan produk yang memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan sasarannya, persembahan pemasaran pula sangat menarik, permintaan terhadap produk itu sudah tentu akan wujud mencanak naik.

Pelanggan akan mula pergi cari ajen yang ada di kawasan berdekatan dengannya. Bila pelanggan datang, maka bermulalah tugasan menjual.

Ajen yang pandai menjual akan berjaya mencapai hasil jualan yang tinggi. Manakala ajen yang tak pandai menjual akan gagal sekalipun pelanggan ramai datang masuk ke kedainya.

Macam yang saya kata tadi kat atas, dealers biasanya terpaksa guna khidmat jurujualnya untuk menjual. Lebih ramai jurujual yang dia ada, lebih tinggi kemungkinan dia akan dapat jurujual yang betul-betul cemerlang.

Dalam kesemua syarikat yang ada jurujual yang ramai, saya lihat selalunya hanya dalam lingkungan 20% sahaja dari jurujual tersebut yang super cemerlang.

‘Prinsip Pareto’ berlaku kepada prestasi jurujual syarikat-syarikat tersebut.

Katakan syarikat ada 20 orang jurujual. 

Dari jumlah itu, hanya ada 4 orang sahaja jurujual yang jumlah jualan mereka mencapai 80% dari keseluruhan hasil jualan syarikat. Kadang-kadang lebih teruk dari itu. Hanya ada 2 orang sahaja yang tapaw habis lebih dari 80% hasil jualan syarikat.

Hanya 20% dari jurujual, menjana 80% dari jumlah keseluruhan jualan yang syarikat buat. Baki 80% jurujual hanya menyumbang 20% saja dari keseluruhan jualan.

www.bisneskecil.com

Maksudnya, dalam mana-mana kumpulan jurujual, pasti akan ada hanya 20% sahaja mereka yang super power dalam kemahiran menjual.

Persoalannya sekarang. Apa yang membezakan antara jurujual top tersebut dengan jurujual lain?

Apa rahsia yang jurujual tu amalkan sampai mampu tinggal jauh dari segi prestasi, kesemua jurujual lain yang hidup segan mati tak mahu yang lain tu?

Saya berikan garis panduan asas sahaja dulu untuk artikel ini. Penerangannya akan saya buat pada artikel lain.

Petua rahsia kuasai kemahiran menjual

Berikut apa yang anda perlu tahu tentang rahsia kemahiran menjual yang perlu diamalkan untuk membolehkan anda menjual dalam kuantiti yang tinggi.

  1. Perlu kreatif yakinkan prospek
  2. Mulakan dengan sentuhan emosi kemudian baru rasional
  3. Jangan bangkitkan masalah ‘cognitive dissonance’ pelanggan
  4. Bijak saja tak cukup, perlu guna daya empati
  5. Mampu kawal emosi tahap tinggi
  6. Pastikan pelanggan suka pada diri anda
  7. Bina kepercayaan

Saya akan huraikan lebih panjang setiap satu dari rahsia tersebut di atas dalam artikel lain selepas ini.

Bagi yang dah pandai, tentu dapat gambaran dan dah boleh faham kesemua petua yang saya gariskan kat atas tu.

Bagi yang masih tak boleh nak faham dan mahukan penerangan lanjut, .. Sabar ya!

Post a Comment

Previous Post Next Post