Ini 6 perkara yang anda perlu buat untuk bergerak ke depan harungi cabaran semasa


Sekarang dah masuk bulan Oktober. Bulan ke-10 yang kita tempuh dalam tahun 2021 ini. 

Laju sungguh masa berlalu. Lebih dari 50% aktiviti kehidupan dan perniagaan tunggang langgang sejak kerajaan isytihar PKP pada 18 March 2021.

Itu fenomena, pengalaman pertama kali dalam sejarah hidup saya. Juga kepada hampir semua rakyat Malaysia.

Tahun 2020 habis macam tu saja.

Tahun ni akan jadi macam tahun lepas juga. Lagi 2 bulan saja tamat tahun 2021. Dah nak masuk tahun 2022 pulak.

Gaya hidup dah berbeza

Masa pertama kali harung PKP 1.0 tahun lepas, memang sangat teruja. Walaupun dalam masa sama ada perasaan takut. Menanti apa yang akan berlaku. Tapi bila fikir yang semua orang hadapi keadaan sama, fikiran tenang semula.

Dalam hidup ni, ketakutan sering muncul bila ada perasaan risau dipersalahkan jika ada masalah. Sebagai seorang suami, ayah, anak dan usahawan, ada amanah besar yang sentiasa dipikul atas bahu.

Makan minum, perlindungan, kesihatan, kebajikan, ketenangan dan lain-lain seumpamanya untuk anak isteri, orang tua, semua pekerja dalam syarikat, juga semua dibawah tanggungan, perlu diselesaikan.

Itu kerisauan paling awal menerjah masuk ke fikiran sebaik saja semua ini berlaku. Jika semua amanah itu tak dapat ditunaikan, adakah diri ini yang akan dipersalahkan?

Apa saja pengalaman lalu sebelum berlakunya wabak covid-19 sudah jadi kenangan. Semuanya tidak akan sama lagi sekarang. Kes tak habis pun. Perlu terima bahawa manusia terpaksa hidup dalam keadaan virus tu sentiasa akan ada dan tidak akan terhapus.

Bila semua usaha pemberian vaksin berjaya dicapai, aktiviti ekonomi akan jalan semula macam biasa tapi sudah tentu tak sama.

Insyaallah sebulan dua lagi diharapkan kegiatan ekonomi akan rancak semula sekali dalam budaya dan gaya hidup yang berbeza. Yang pentingnya, boleh berusaha cari makan semula.

Kalau sebelum ini perjalanan dan perancangan perniagaan jadi tidak menentu sebab masih tak jelas apa yang bakal menanti keesokan harinya. Sekarang dah nampak macam ada cahaya semula di hujung sana.

Secara emosinya, rasa macam lega. Itu yang paling penting. Sekarang kena fikirkan pula pasal ekonomi. Fikir tentang perniagaan, peluang bisnes, pembesaran, pengstrukturan organisasi dan lain-lain yang bersangkutan.

Apa yang yang anda perlu buat untuk bersedia bergerak semula ke depan?

6 strategi bergerak semula ke depan

Saya kongsikan apa yang dibaca dari Harvard Business Review (HBR). Anda yang rajin membaca dan suka belajar boleh subscribe di www.hbr.org

Artikel tersebut saya rasa dapat membantu berikan idea untuk merangka strategi bergerak semula ke depan dalam keadaan sekarang.

Kata HBR, sekarang ini suasana dan keadaan ke depan, adalah sesuatu yang sukar untuk dijangkakan. Perubahan boleh saja berlaku secara mendadak.

Jika anda jadi ketua dalam apa saja organisasi, besar atau kecil, anda sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya perubahan yang pantas.

Saya macam anda dan saya, yang buat bisnes kecil ini, turut juga terdedah kepada ketidakpastian itu. 

Dengan perkembangan pesat teknologi, kita terpaksa hadapi cabaran yang jauh lebih mencabar minda berbanding tok nenek kita dahulu.

Keadaan itu jelas kelihatan ketika dunia dilanda wabak covid-19 ini.

Sekalipun proses berikan vaksin mencapai 90% di negara kita. Seterusnya untuk semua penduduk dunia. Tiada jaminan dari kemungkinan akan ada kes virus lain pula muncul secara tiba-tiba.

Cuma saya harap janganlah sampai muncul virus yang ubah manusia jadi zombie macam cerita ‘Train to Busan’.

Berasaskan dari semua keadaan yang saya sebutkan di atas, berikut di kongsikan 6 strategi yang anda boleh guna sebagai panduan untuk bergerak ke depan semula.

#1. Selesakan diri dengan ‘tak tahu’

Sejak darjah satu kita dilatih untuk berikan jawapan kepada setiap soalan. Masuk sekolah menengah, sampai universiti. Kemudian masuk kerja. Kita diharapkan untuk sentiasa ada jawapan kepada masalah. 

Semua persoalan mesti ada satu jawapan.

Begitulah amalan kita selama ini yang membuatkan kita rasa tertekan apabila berlakunya sesuatu perkara yang tak ada kepastian, tak ada jawapan.

Keadaan tak ada kepastian sebegitu akan berterusan lama bermula dari sekarang entah sampai bila. 

Jadi perlu biasakan diri dalam keadaan tidak selesa sebab anda ‘tak tahu’.

Atasi rasa tertekan tersebut dengan belajar untuk melihat, merasa, mengalami dan belajar dari apa yang sedang berlaku.

Saya mula amalkan sikap sebegitu dengan buat apa yang boleh saja sekarang. Selebihnya, tunggu dan lihat dahulu apa yang akan terjadi.

Malas nak fikir takut bisnes runtuh, ekonomi parah dan sebagainya. Lagipun itu masih tak berlaku lagi. Besar kemunkinan tak berlaku pun. Kalau dah berlaku nanti, baru fikir apa nak buat dengan apa yang ada ketika itu.

#2. Bezakan antara rumit dengan kompleks

Anda perlu tahu bezakan antara,

  • Perkara yang rumit, dengan
  • Perkara yang kompleks

Untuk faham undang-undang cukai perniagaan adalah contoh perkara rumit.

Kerumitan itu jika diserahkan pada syarikat khidmat perakaunan untuk diselesaikan, semua isu cukai perniagaan syarikat anda, mudah saja dia uruskan.

Serumit macam manapun sesuatu perkara itu, macam contoh isu cukai tadi, ia masih boleh dipecah-pecahkankan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Kemudian dapat dirungkaikan satu persatu sehingga ada jalan penyelesaian.

Berbeza pula dengan perkara kompleks. 

Ia bukan boleh dipecahkan atau diselesaikan sedikit demi sedikit. Perkara kompleks membawa maksud sesuatu itu berkait rapat dengan terlalu banyak lagi perkara lain.

Kemungkinan yang bakal berlaku adalah luar biasa banyaknya. Tak boleh nak agak.

Macam itulah bisnes dan kaitannya dengan keadaan semasa.

Bisnes adalah satu perkara yang kompleks.

Kalau tanya orang, akan ada berbagai versi pendekatan dan macam-macam pendapat. 

Cuba tanya kawan-kawan tentang cabaran situasi bisnes sekarang yang tak menentu ini. 

"Apa yang boleh dibuat untuk pastikan bisnes mampu bertahan, ada untung dan mampan?"

10 orang punya versi semuanya akan berikan jawapan berbeza. Sebab perkara kompleks tak ada solusi yang jelas. Takkan ada satupun andaian yang betul.

Masalah bisnes perlu dihadapi apabila berlaku dan cuba selesaikannya dengan berbagai pendekatan sampai boleh.

Orang putih kata try an error.

Itu saja yang anda boleh buat terhadap perkara kompleks.

Kes covid-19 ni dan apa yang berlaku sekarang terhadap cara nak uruskan bisnes anda adalah sesuatu yang kompleks.

#3. Jangan berlagak sempurna

Dalam keadaan yang serba kompleks, jika anda cuba juga nak kekal jadi seorang yang gilakan kesempurnaan, memang akan makan diri.

Segala pemboleh ubah yang ada dalam keadaan yang kompleks tidak kekal. Akan ada saja perubahan yang berlaku. Itu memberikan kesan ketara kepada keseluruhan keadaan.

Kombinasi perubahan demi perubahan akan sentiasa kejutkan anda dengan perkara luar jangka. 

Bersedia untuk buat silap dan sesuaikan dengan keadaan. Buat pembetulan dan lihat hasilnya. Tak perlu risau takut nanti orang kata anda tak pakar bila salah perkiraan. Relaks saja.

Pakar macam manapun dalam bab kompleks ni tak akan tahu semua benda.

Jadi pentingkan kepada pergerakan atau kemajuan sahaja. Bukannya untuk jadi sempurna.

#4. Jangan tergesa-gesa buat rumusan

Dalam perkara kompleks tak boleh memandai dan ambil mudah.

Contoh ambil mudah adalah seperti anda pecahkan masalah kompleks kepada bahagian kecil. Kemudian zoom pada satu bahagian saja untuk cuba diselesaikan.

Cara itu akan buatkan anda rasa lebih yakin menguasai keadaan. Maklumlah, skopnya jadi lebih kecil.

Tapi ingat!

Kompleks tak sama dengan rumit. Bab perkara rumit bolehlah buat macam tu. Pecahkan dan selesaikan satu persatu.

Benda kompleks tak boleh ambil mudah main pecah-pecah sebab, semua keadaan saling berkaitan. Semuanya saling memberikan kesan dan perubahan yang berbeza setiap kali berlaku perkara baru.

Oleh itu perlu sentiasa lihat makro dan micro. Terbang ke atas untuk tengok bawah, kemudian turun bawah pula tengok lebih dekat. Macam itulah berulan. Tengok pecahan dan tengok juga keseluruhan sebelum nak buat apa-apa rumusan.

#5. Dapatkan bantuan

Dunia keusahawanan ni sebenarnya sangat sunyi. Anda boleh saja duduk dengan ramai orang dikiri kanan, tapi dalam diri anda tetap rasa kekosongan dan keseorangan.

Sekalipun ada grup whatsapp, sering berborak kat situ sesama kawan bisnes lain, anda masih akan rasa keseorangan juga.

Itu antara perkara yang dah lama saya alami. Saya yakin anda juga sedikit sebanyak alami perkara sama. Rasa semua masalah tak kira rumit mahupun kompleks, terpaksa diselesaikan seorang diri.

Tak ada sesiapa yang nak bantu.

JIka perkara rumit mungkin anda boleh selesaikan sendiri. Tapi bukan untuk perkara kompleks. 

Mengaku saja ada masalah dan minta bantuan.

Hebat macam mana diri kita, tak akan mampu kuasai semua perkara. Hanya dengan gabungan beberapa kepala dari kawan-kawan dan kenalan yang berbeza akan dapat berikan gambaran yang lebih jelas untuk anda hadapi cabarannya.

Jadi sentiasa dapatkan bantuan serta pandangan dari kawan-kawan atau kenalan yang luas pengalaman. Gunakan ketajaman pemikiran serta pengamatan mereka untuk membantu bisnes anda.

Tak semestinya dapat jawapan dari mereka. Cukup sekadar dapat lihat, rasa dan dengar apa yang ada dalam pemikiran mereka. Penting juga untuk dapat akses sedikit sebanyak dari jaringan yang mereka ada. Itu yang paling penting.

#6. Keluar dan lihat dari luar rumah

Asyik buat kerja kat dalam rumah baiki itu dan ini tanpa sekalipun keluar dari rumah, untuk melihatnya dari jauh, tidak akan mampu hasilkan sebuah rumah yang baik.

Sama juga asyik bersilat dalam perniagaan sendiri 24 jam 7 hari seminggu tak ambil perduli bisnes orang lain dan tak ambil endah industri lain juga tidak membantu anda dapatkan gambaran yang baik dalam suasana kompleks.

Oleh itu perlu bersedia untuk zoom out. 

Keluar dari padang dan cuba lihat permainan dari tempat penonton pula. Gambaran yang lebih menyeluruh akan nampak lebih jelas dalam menghadapi keadaan yang komplek penuh dengan ketidak pastian seperti sekarang ini.

Bukan mudah nak duduk kat depan terajui syarikat dan perniagaan supaya semuanya berjalan lancar. Supaya semua yang ada dalam syarikat selamat maju jaya.

Untuk mampu terajui syarikat, anda terlebih dahulu perlu mampu kendalikan diri sendiri.

6 cara yang saya kongsikan kat atas tu insyaalah diharapkan dapat membantu anda melayari keadaan yang serba mencabar sekarang ni. 

Rujukan untuk saya tulis artikel ni adalah dari artikel di hbr pada pautan ini. Pergilah baca untuk dapatkan kefahaman yang mungkin jauh lebih baik dari apa yang saya faham.


Post a Comment

Previous Post Next Post