Perusahaan tanaman organik - Idea bisnes yang menarik untuk diusahakan


Kalau anda pernah membeli barang dapur di AEON, tentu pernah tegok satu bahagian bahan mentah masak memasak di bawah kategori 'organik'

Apa saja hasil dari tanaman organik harganya lebih mahal dari tanaman biasa. Sebab itu, ia bukan untuk semua orang. Tak ramai yang mampu mampu makan hasil tanaman organik.

Kalau nak, kena usahakan sendiri kat tanah yang anda ada sekeliling rumah tu.

Biasanya pembeli hasil organik terdiri dari mereka yang ambil berat terhadap kesihatan.

Selain dari itu, kenalah ada duit yang mencukupi.

Kita boleh rumuskan pasaran tanaman organik ni adalah untuk ..

  • Golongan berada
  • Mereka yang tahap kewangannya kukuh
  • Ada masa dan peka pada kesihatan.

Saya ada terbaca dalam laporan, orang-orang berada ni lebih peka kepada kesihatan berbanding golongan pertengahan ke bawah.

Mereka jaga masa rehat, fizikal dan mental.

Mereka bersenam secara konsisten. Ambil perhatian terhadap jenis makanan yang nak dijadikan menu letak atas meja mereka.

Kaya, ada banyak masa dan jaga kesihatan! satu gabungan yang lengkap dan membuatkan hidup anda sangat beraloi.

Kalau anda juga nak masuk ke dalam golongan itu, salah satu cara yang terbukti berjaya adalah dengan berniaga.

Kalau berniaga dalam industri tanaman organik, tentu secara automatik akan lebih membantu anda untuk menjadi peka kepada penjagaan kesihatan.

Nak jaga kesihatan, salah satu yang utamanya adalah kena jaga makanan yang masuk ke dalam perut tu.

Perlu banyak makan sayur dan buah-buahan.

Masalahnya, buah dan sayuran yang ditanam secara biasa banyak menggunakan bahan kimia sebagai racun serangga dan makhluk perosak dan juga sebagai baja.

Berapa banyak mereka belasah taburkan bahan kimia untuk pastikan hasil tanaman segar nampak cantik, bukan mudah untuk kita orang biasa nak ukur.

Terpaksa harapkan sistem kawalan yang kerajaan buat dan tahap kuatkuasaan kerajaan untuk pastikan ianya diikuti.

Kat situlah masalahnya.

Industri tanaman organik ada sistem yang bagus sekarang. Itu dibuat untuk mantapkan proses pemasaran mereka. 

Untuk tingkatkan kredibiliti hasil tanaman, mereka adakan satu proses akreditasi atau pensijilan yang terkawal.

Bukan boleh main dakwa macam tu saja yang tanaman adalah organik.

Kena ada sijil untuk bagi orang percaya dan yakin. 

Anda boleh cuba cari maklumat sendiri dengan google pasal industri tanaman organik ni. Sangat menarik sebenarnya kalau anda memang minat menjadi pahlawan cangkul.

Syarikat antarabangsa tanaman organik

Kenapa saya bercerita pasal tanaman organik?

Saya terbaca semula siaran akhbar dari sebuah syarikat pembekal global hasil tanaman organik dari Mexico.

Nama syarikat tersebut adalah Avalon Fresh.

Avalon Fresh telah berkembang menjadi pembekal utama tanaman organik yang segar dan berkhasiat di Amerika Syarikat dengan jumlah eksport 4276 tan tahun lepas

www.bisneskecil.com

Syarikat itu mengumumkan untuk jadikan Malaysia sebagai hub eksport hasil tanaman organiknya di Asia Tenggara.

Kalau anda baca laporan tentang syarikat tersebut kat bawah ni, tentu akan rasa cemburu.

Kenapa petani dari negara kita sendiri tidak usahakan tanaman secara organik ni?

Harap, dengan membaca berita ini, anda lah akan jadi petani tersebut.

Ambil peluang untuk pasarkan hasil tanaman organik di negara kita dan seterusnya melebarkan pasaran ke Asia Tenggara dan seterusnya ke dunia antarabangsa lainnya.

Baca beritanya di bawah.

Pembekal Ladang Organik Global – Avalon Fresh memilih Malaysia sebagai Pusat Exportnya di Rantau Asia Tenggara

Pengeksport yang telah merangkul pelbagai anugerah ini juga sedang berusaha mendapatkan sijil Halal dan amalan patuh Shariah

KUALA LUMPUR, 3 September 2020 – Avalon Fresh, sebuah syarikat penanam tanaman organik dari Mexico telah menubuhkan pusat eksport rantau Asia Tenggaranya di Malaysia untuk mengeksport lebih daripada 20 jenis tanaman organik di rantau ini termasuklah ke Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Timur Tengah.

Ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Alejandro Vazquez Alcazar, Avalon Fresh telah berkembang menjadi pembekal utama tanaman organik yang segar dan berkhasiat di Amerika Syarikat dengan jumlah eksport 4276 tan tahun lepas.

Menurut Pengarah Operasi Antarabangsanya, Patricia Vazquez Marin, “Dengan kemudahan-kemudahan tambahan yang ada, Malaysia ialah lokasi strategik untuk dijadikan pusat eksport jenama Avalon Fresh untuk Asia Tenggara terutamanya dengan kerajaan yang mempermudahkan pelaburan antarabangsa, stabil dan pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh kuasa pembelian yang tinggi, kualiti hidup yang tinggi dengan kadar yang berpatutan, kumpulan pekerja yang ramai dan terlatih dan bermacam-macam lagi.

Oleh sebab itu, keputusan telah dibuat untuk mengembangkan jenama kami di luar Amerika Syarikat. Sebelum ini, 100% hasil tanaman organik Avalon Fresh cuma dieksport untuk memenuhi keperluan rakyat Amerika.

Vazquez juga mendapati yang pasca wabak COVID-19, telah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan tahap kebersihan yang lebih tinggi, bersenam dan menambahkan pengambilan makanan organik.

Avalon Fresh kini sedang dalam proses memulakan operasi kilang untuk membekalkan pelanggan dengan lebih banyak pilihan termasuklah dingin-beku, penyahhidratan dan sayur-sayuran yang sudah diproses contohnya nasi bunga kobis, mi zucchini, kerepek sayuran, guacamole segera dan buah-buahan.

Memahami tentang kepentingan amalan patuh Shariah untuk kebanyakan pengguna sasaran, Vazquez menerangkan yang Avalon Fresh juga sedang bekerjasama dengan Instituto Halal Junta Islamica (Jawatankuasa Institut Halal dalam Islam), sebuah badan pentadbiran menurut syarak yang mengenalpasti status ‘Garantia Halal’ (persijilan Halal) untuk syarikat-syarikat di Sepanyol dan Mexico.

Vazquez juga menambah yang institut tersebut juga sedang berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menerima persijilan Halal dari JAKIM untuk sejumlah besar produk-produknya yang dipercayai di seluruh dunia.

“Kami telah membina jenama Avalon Fresh sebagai pembekal yang mengambil berat tentang tanggungjawab sosialnya, sayur-sayuran organik yang Halal, segar dan dipercayai dan merupakan produk makanan yang diterima di benua Amerika. Selepas memenangi Anugerah Pengeksport Terbaik Peringkat Kebangsaan oleh Jawatankuasa Perdagangan Luar, Pelaburan dan Teknologi Mexico tahun lepas, kami yakin telah tiba masanya untuk menerokai lebih banyak peluang dalam salah satu pasaran ekonomi terbesar di dunia – Asia, dengan itu kehadiran jenama kami di Malaysia dikukuhkan lagi melalui pejabat serantau dan Jepun iaitu kerjasama dengan rakan kongsi.

Produk organik Avalon Fresh hanya ditanam di Mexico untuk menjamin kepatuhan dengan standard penanaman organik dan kualiti produk yang tinggi.

Menurut Vazquez, pasukannya telah membuat rundingan dengan kebanyakan pengimport dan pengedar terbesar di rantau tersebut sebagai salah satu strategi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Biji chia organik Avalon Fresh tiba di Malaysia pada 22 Ogos 2020.

– TAMAT –

Tentang Avalon Fresh

Ditubuhkan pada 2013 dengan misi untuk menjadi peladang dan pengeksport tanaman utama di Mexico, Avalon Fresh telah membekalkan lebih daripada 4200 tan hasil tanaman segar dalam tahun 2019.

Kejayaan kami didorong dengan mematuhi garis panduan standard keselamatan makanan antarabangsa yang tinggi, sijil makanan organik dan halal, dan spefifikasi produk untuk kepuasan pelanggan.

Avalon Fresh telah memperolehi sijil-sijil penting, termasuklah Primus GFS, Oregon Tilth, Garantia Halal dan Organic SENASICA. Kami menjalani audit berkala, untuk memastikan yang hasil tanaman kami adalah yang terbaik dan paling selamat yang boleh diperolehi di pasar hari ini.

Untuk informasi lanjut, layari: https://avalonfreshinternational.com/

Untuk sijil Halal, sila rujuk: https://www.institutohalal.com/en/producto/avalon-fresh-s-p-r-de-r-l/ 

Untuk pertanyaan berkenaan media, sila hubungi:

Patricia Vazquez Marin (Puan), Pengarah Operasi Antarabangsa, Emel: patricia@avalonfp.com, Telefon: +60122494324

Post a Comment

Previous Post Next Post